“BE
PART OF SOLUTION”
Untuk membina ciri kepimpinan yang terbaik
dalam diri kita sama-sama kita fahami artikel ini.
Insyallah,sama-sama kita cuba memahami
kata-kata di atas. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan
besar nabi Muhammad S.A.W.
Menjadi seorang
pemimpin atau ahli kepada sesebuah persatuan, sangat menuntut diri kita
mengambil kata-kata ini sebagai peringatan. Apabila berada di dalam organisasi
sudah semestinya, kita bukanlah orang yang hanya akan melihat orang lain bekerja
tetapi kita dituntut untuk menjadi sebahagian kepada penyelesaian. Jadi lah kamu
penyelesai kepada sesuatu perkara agar kehadiran kamu dalam organisasi adalah
bermakna hatta walaupun menjadi
penyelesaian kepada masalah yang kecil.
AWAS! Jangan pula
kita menjadi “part of the problem ”
dalam organisasi kita.
Ingatkah lagi
kita kepada sabda kekasih Allah S.W.T “Sebaik-baik kamu ialah yang paling
bermanfaat kepada manusia”
Pembaca yang
budiman,apa lagi motivasi untuk kita menjadi “part of solution” ?
Motivasinya, dalam
islam,setiap amalan baik seseorang muslim,pasti Allah akan membalasnya dengan
pahala.
Kedua, Rasulullah
S.A.W. juga memberi pesanan kepada kita
bahawa
“sesiapa yang
memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya”
Justeru, berebut-rebut
lah untuk menjadi “part of solution” dalam kehidupan anda.
Seandainya suatu
masa nanti ,anda diterima ke sebuah university atau anda di lantik bekerja sebagai
seorang doktor di sebuah hospital atau jurutera dalam sebuah firma atau anda sebagai salah
seorang penduduk kampung.
Ingatlah
kata-kata ini ”be part of solution” dan praktikkanlah. pasti anda akan dihargai
oleh masyarakat tempat anda. Masyarakat sememangnya mengharapkan orang-orang
yang boleh menjadi penyelesai kepada masalah mereka tak kira dari apa sudut
sekali pun janganlah memandang sesuatu perkara kecil itu sebagai enteng kerana Allah akan menghisab amalan kita hatta
sekecil-kecil kebaikan.