LG BERSAMA MANTAN
MAKTABAH AL-HASYIMIAH
Syukur kepada Allah swt kerana
telah mengurniakan kami kesempatan waktu dan peluang untuk bertemu mata bersama
adik-adik pelapis organisasi perpustakaan sekolah Maahad Muhammadi Pasir Mas di
dalam bulan Ramadan yang lepas.
Tanggal 22 Julai 2014 pada hari
Selasa, satu perjumpaan di antara beberapa mantan yang hadir bersama semua
pustakawan lelaki telah berlangsung dengan jayanya.
Perjumpaan yang di adakan dalam
majlis LG atau Librarian Group itu di adakan dalam sebuah kelas dibawah bilik
perpustakaan sekolah. LG adalah merupakan aktiviti unik MAH bertujuan untuk
membina jatidiri dan kepimpinan ahli serta merupakan wadah untuk ahli MAH
mengeratkan lagi tali persaudaraan Islam.
LG bukanlah yang aktiviti baru
kerana sejak zaman berzaman perjumpaan bersama ahli memang akan di adakan.
Sebagai contoh zaman kepimpinan Abe Sopi(2007),Abe Muaz (2008) dan Abe Nik
Muhammad menjadi pengerusi MAH,perjumpaan sedemikian memang wujud. Bahkan ia
diteruskan pula oleh generasi selepas itu.
Bermula pada tahun 2010,
perjumpaan di antara ahli maktabah dijenamakan oleh para pimpinan ketika itu
sebagai LG. Sebagai memudahkan sebutan dalam kalangan ahli serta menjadikan ia
sebagai satu titik kebersamaan. Berkongsi bersama ahli satu identity yang sama
dan unik.
LG baru-baru ini yang di anjurkan
oleh Pengerusi MAH sekarang, saudara Zarith Amzar(2014) telah menjemput mantan
untuk hadir bersama bagi berkongsi ilmu dan pengalaman.
LG yang dihadiri 18 orang ahli MAH itu turut dihadiri
mantan-mantan muslimin iaitu saudara Omar (pengerusi 2010), Adam (timbalan
pengerusi 2010), Syarifuddin (Bendahari 2010), Luqman(Ketua BAM 2010) dan
Afifi(pengerusi 2011). Kehadiran mantan-mantan telah menceriakan lagi
perjumpaan kali ini.
LG pada tanggal tersebut
dimulakan dengan sesi taaruf ringkas dari semua hadirin yang hadir. Bertujuan
untuk saling mengenali antara para senior dan junior.
Kata orang dalam perjuangan kita perlu mengambil
semangat para pemuda(orang baru), dan
mempelajari hikmah orang tua(orang berpengalaman).
![]() |
Saudara Luqman sedang memperkenal dirinya kepada hadirin. |
Dalam kesempatan itu, saudara
Omar telah berkongsi beberapa perkara antaranya; soal memanfaatkan bulan
Ramadan yang penuh dengan kelebihan dan soal akademik. Beliau memberikan
beberapa tips ‘Bagaimana mahu Berjaya dalam pelajaran’ ?
Antaranya ialah :
1. Mempunyai matlamat atau target yang jelas. Matlamat yang
mahu dicapai mestilah dibuat agar perjalanan kita terarah. Matlamat itu
perlu ditulis agar kita tidak lupa dan sentiasa peka. Matlamat yang
ditulis perlu ditampal agar kita dapat selalu membacanya.
2. Mesti rajin. Kerana Allah
Maha Adil. Siapa yang berusaha lebih pastinya mendapat lebih. Mestilah rajin
menuntut ilmu dan rajin bertanya jika kita tidak faham atau tahu tentang
pelajaran kita.
3 – Perkasakan faktor pembantu
dalam menggapai kejayaan. Mendirikan solat dhuha agar
murah rezeki. Kefahaman ilmu dan kejayaan adalah rezeki. Sentiasa berselawat kepada
baginda Rasullah saw. Membantu atau memenuhi
hajat saudara kita kerana orang yang memenuhi hajat orang lain akan dipenuhi
hajatnya nanti oleh Allah swt.
Usai sesi pengisian, penulis bersama hadirin
mengambil beberapa gambar kenang-kenangan. Kata orang masa yang lepas tidak
akan kembali tetapi kenangan yang lalu pasti di ingati.
![]() |
Saudara Adam sedang menyusun barisan untuk bergambar. |
![]() |
“Mana Syarifuddin dan Luqman ni ? Mari-mari, kita bergambar seketika.” Kata Afifi dengan penuh santun dan berbudi bahasa. |
![]() |
Ingatan yang pastinya akan mengusik perasaan kita nanti. |
Semoga kepimpinan Maktabah pada
tahun ini Berjaya membawa bahtera Maktabah AlHasyimiah dengan jayanya serta
Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun ini. InsyaAllah.
![]() |
Zarith Amzar dan Azriddin sedang berbual-bual bersama seorang mantan. |
Menyumbanglah dengan apa sahaja untuk umat ini agar masyarakat yang
berilmu dan bertamadun dapat kita bina suatu hari nanti.