Seorang pemimpin yang hebat adalah seorang
yang bertanggungjawab.Beliau akan sentiasa berfikir dan merancang sesuatu agar
tanggungjawabnya akan berjaya ditunaikan.Tambahan pula,pemimpin yang hebat ini
akan sentiasa ingat bahawa setiap tanggungjawab akan dipersoalkan dihadapan
Allah swt kelak. Dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w menyebutkan yang
bermaksud :
“setiap kamu adalah pengembala(orang yang
bertanggungjawab),dan setiap kamu ‘mas ulun’
(akan ditanya) tentang
gembalaannya”
Disebabkan perkara inilah,menteri besar
negeri Kelantan,Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menjadikan aspek
‘mas’uliyyah’ (tanggungjawab) sebagai salah satu aspek yang penting
dalam pentadbiran negeri KELANTAN.
Maka,sesiapa diantara kita yang diamanahkan
atau ditaklifkan untuk memegang sesuatu tanggungjawab mestilah amanah dengan
tanggungannya itu.Kerana pasti,setiap sesuatu akan ditanya oleh Allah
swt.Buatlah,rancanglah,fikirlah dan usahakanlah setiap perkara agar kita dapat menunaikan tanggungjawab kita
dengan sebaiknya.Buat semampu mungkin.Yang penting usaha kita.Sebagai contoh
sekiranya seorang itu menjadi pengerusi maktabah sekolah;cuba Tanya soalan ini
pada dia,:
”Apakah
usaha yang telah kita buat untuk menjadikan bumi Maahad Muhammadi Pasir
Mas,bumi yang subur dengan keilmuan serta adakah biah ilmu dapat dibina
disekolah kita?
Andai kita berusaha bersungguh-sungguh untuk
menunaikan tanggungjawab ini maka beruntunglah kita kelak.Mengapa?Kerana Allah
akan memuliakan hamba-hambanya yang menunaikan tanggungjawab mereka
.Kedua,andai usaha-usaha yang dibuat Berjaya menjadikan pelajar-pelajar sekolah
semakin bertambah ilmu kemudian semakin bertambah amal kemudian semakin
bertambah dekat dengan Allah.Agak-agak banyak mana pahala yang dia dapat nanti?
Pemimpin yang hebat lagi disegani bukannya
dibina dalam sehari tetapi bertahun-tahun lamanya mereka membentuk dan mengasah
bakat kepimpinan mereka.Sama seperti kita membina sebuah bangunan yang tinggi
dang ah.Ianya memakan masa dan memerlukan kerja keras.
Jika anda mahu menjadi pemimpin yang hebat
,disegani dan diredhai Allah,maka
coraklah langkah,rancanglah sebaiknya dan manfaatkan peluang menjadi
pemimpin diperingkat sekolah sebagai medan latihan dan pendidikan pertama kita
sebagai pemimpin yang hebat.Ingat!Siapa anda pada hari esok ditentukan oleh
bagaiman sikap anda pada hari ini.
Ciri yang kedua.
bersambungan….
~moga bermanfaat buat sahabat-sahabat
sekalian~
daripada : Mantan Pengerusi 2010 :)
No comments:
Post a Comment