Tuesday, September 10, 2013

Peperiksaan PERCUBAAN perlukah aku bersungguh-sungguh?



                                                        
                                               
 “Cubaan…cubaan…cubaan…”,kata si pelakon mengulang-ngulang skrip lakonan dalam sebuah filem Melayu berjudul Pendekar Bujang Lapuk.
Ada orang kata, “belum cuba belum tahu”.Benarlah apa orang kata itu.Jika kita tidak mencuba,manakan kita tahu masam manisnya sesuatu masakan.Itu kalau kita mencuba masakan.Tetapi,penulis kali ini mahu berbicara soal peperiksaan Percubaan.Apa strategi kita untuk Berjaya dalam peperiksaan ini? Pentingkah untuk kita bersungguh-sungguh dalam peperiksaan ini?Alah,peperiksaan percubaan sahaja lah,belum yang sebenar lagi,itu kata setengah pelajar.Benarkah pandangan ini atau bagaimana seharusnya sikap kita?

                     
Strategi
Sebuah kejayaan besar semestinya bermula dengan sebuah strategi yang hebat juga.Sebagaimana tercatat dalam lipatan sejarah,kota Mekah Berjaya dibuka hasil strategi hebat rasulullah saw bersama para sahabat.Maka,untuk para pelajar Berjaya dalam medan peperiksaan percubaan ,semestinya berstrategi.
Namun,apakah strategi kita?Sebagai pelajar yang mahukan kejayaan,sepatutnya terlebih dahulu kita meletakkan matlamat atau sasaran kita dalam peperiksaan ini.Misalnya,mahu mencapai 9A 2B dari 11 subjek yang diambil.Dari matlamat itu,kita mula mengorak strategi.
Ada ribuan strategi yang boleh kita gunakan untuk mencapai matlamat kita.Namun,kita harus ingat matlamat tidak menghalalkan cara.Maka,strategi yang akan kita pilih nanti mestilah strategi atau cara yang diredhai Allah.
Cadangan strategi
1-Membaca tajuk-tajuk penting.
2-Membuat soalan peperiksaan percubaan /sebenar tahun-tahun lepas.
3-Solat Hajat
4-Banyak berdoa
5-Banyak berselawat
6-Banyak beristighfar
7-Menjaga hubungan dengan ibu bapa serta guru
Ingatlah,sebuah kejayaan besar tidak akan diperolehi tanpa pengorbanan yang besar dan usaha yang gigih.Kejayaan itu milik orang yang gigih berusaha!Bukankah Allah maha Adil ? Maka,para pelajar mestilah berusaha bersungguh-sungguh supaya mimpi jadi nyata!
Akhir kalam,para pelajar mestilah memanfaatkan kehadiran peperiksaan percubaan ini.Kerana apa?Kerana,melalui peperiksaan percubaan ini kita dapat mengukur kebolehan dan kemampuan  diri kita sebelum kita bertemu dengan peperiksaan sebenar.Ingat,kita tidak akan tahu sejauh mana kehebatan kita dalam sesuatu subjek selagi kita tidak diuji dengan medan peperiksaan.Kelemahan yang akan kita temui dari keputusan peperiksaan percubaan nanti,itulah tempat yang mesti kita perbaiki untuk kita tampil Berjaya penuh bergaya saat peperiksaan sebenar nanti.

                        
AKU MAHU BERJAYA!!!
AKU MESTI KUAT  BERUSAHA!!!
TAKKAN PERNAH AKU BERPUTUS  ASA  SELAGI ADA MASA !!!
MOGA-MOGA MIMPI JADI NYATA!
SAATNYA PASTI TIBA!

No comments:

Post a Comment