Ku pandang kiri kanan
Buku-buku
berteraburan
Aku mulai
resah
Memikirkan
soal maktabah.
Usah resah
Buanglah
gelisah
Carilah
ketenangan
Kerna
pasti ada jalan.
Mukaddimah
Realitinya mesti
ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya katalog itu ? Kebanyakan daripada
pustakawan biasanya sudah tahu tentang katalog, tapi ada juga segelintir yang tidak
tahu dan tidak pernah mahu ambil tahu berkenaan katalog. Mungkin hanya ahli
Biro Katalog dan Pengkelasan sahaja yang tahu. Justeru, dalam tulisan ini
penulis mahu berkongsi sedikit berkenaan katalog.
Katalog sebenarnya adalah satu sistem yang di gunapakai di perpustakaan untuk memudahkan pustakawan
ataupun pengguna untuk mencari bahan-bahan bacaan yang terdapat di sesebuah
perpustakaan tersebut. Jadi, kalau ada sistem katalog ini, maka mudahlah adik-adik sebagai pustakawan untuk menjalankan
gerakkerja adik-adik semua. Sistem katalog
yang banyak digunakan di perpustakaan di negara kita ialah OPAC iaitu singkatan
kepada ‘Online Public Access Catalog’.
Sebagai contoh, Perpustakaan Hamzah Sendut USM dan perpustakaan universiti-universiti
lain juga menggunakan sistem OPAC untuk memudahkan para pelajar mencari
buku-buku dan bahan bacaan yang dikehendaki.
Sistem Katalog Yang Biasa Kita Gunakan; Sistem Dewey
Namun
begitu, sistem OPAC ini tidak begitu sesuai digunakan di perpustakaan sekolah.
Oleh itu, sistem yang biasanya digunakan di sekolah-sekolah ialah sistem DEWEY. Dewey ialah system pengelasan
bahan2 perpustakaan yang menggunakan sepuluh kelas pengetahuan utama, antaranya
karya am, falsafah & psikologi,
agama, bahasa, dan sains kemasyarakatan.
Maktabah sekolah
kita juga menggunakan system Dewey. Walau bagaimanapun, sistem katalog dan pengkelasan yang ada dan sedang
dipraktikkan di maktabah kita masih tidak tersusun dan teratur. Untuk
mengetahui tentang cara-cara
mengendalikan sistem Dewey dengan betul, adik-adik boleh mengadakan
lawatan ke Perpustakaan Negeri untuk belajar dan mengetahui dengan lebih tepat
kaedah-kaedah utk mengkatalog buku dan bahan-bahan bacaan yg lain dengan betul
dan bersistematik.
Tarikan Sebuah Maktabah
Untuk
pengetahuan adik sekalian, sistem pengkatalogan dan pengkelasan buku yang
sistematik dan strategic sangat penting
sekali dalam sesebuah maktabah. Tahukah kenapa ? Sebab sekiranya susunan buku dan bacaan di
maktabah adalah tersusun secara strategik dan sistematik, maka mudahlah para
pelajar dan juga pustakawan itu sendiri mencari buku-buku dan bahan bacaan yang
dikehendaki.
Justeru, salah
satu rahsia tarikan pelajar untuk ke maktabah adalah sistem katalog yang
sistematik. Oleh itu, adik-adik haruslah berusaha untuk memperbaiki dan menambahbaik
sistem pengkatalogan yang ada di maktabah kita, Maktabah
Al-Hasyimiah. Selain itu, untuk
menarik lebih ramai pelajar ke maktabah, adik-adik juga boleh menambah dan
mempelbagaikan lagi koleksi bahan bacaan am yang mula membanjiri kedai-kedai buku
Negara kita atau buku-buku rujukan dengan silibus terbaru di maktabah kita.
Tambahan pula, adik-adik juga boleh menceriakan lagi maktabah dengan pelbagai
idea yg menarik dan mantap. Dan itu semestinya tugas biro Kecerian.
Harapan Kami
Semoga
adik-adik dapat memperbaiki kelemahan dan kekurangan pada pengamalan sistem katalog dan pengkelasan yangg ada di
maktabah kita. Ya, bukan mudah untuk menjadikan maktabah sekolah kita berdiri gah
dan bersistematik seperti maktabah-maktabah sekolah lain yang lebih mewah dari
segi kemudahan, bahan rujukan, dan sebagainya.
Namun,
insyaAllah dengan sistem pengkatalogan yang lebih sistematik dan strategik, akan
berjaya menarik lebih ramai pelajar untuk mengunjungi maktabah kita. Adik-adik
biro katalog terutamanya boleh bekerjasama dengan biro-biro lain seperti biro
Pinjaman dan Pemulangan untuk memperbaiki sistem pengkatalogan yang ada
sekarang. Seperti yang disarankan tadi, adik-adik boleh mengadakan lawatan
Dewey ke perpustakaan negeri. Percayalah masih belum terlambat untuk berbuat
demikian. Bukankah sekarang kita masih berada di awal tahun lagi kan ?
“Jasa kita dalam memperkasakan sistem penyusunan buku yang sistematik
dalam maktabah kita bukanlah suatu yang sia-sia andai kita mendasarinya dengan
keikhlasan. Setiap orang yang beroleh manfaat dan keselesaan dari jasa kita ini
pastinya akan membuahkan kita ganjaran pahala di akhirat kelak kerana berbuat
baik kepada manusia.”
Di sini disertakan bersama link untuk mengetahui serba sikit tentang
Dewey :
http://ipislam.edu.my/kplir/su_sin-perpustakaan/kertas%20kerja%20katalog.htm
No comments:
Post a Comment