Showing posts with label tips kepimpinan. Show all posts
Showing posts with label tips kepimpinan. Show all posts

Sunday, September 21, 2014

LG BERSAMA MANTAN MAKTABAH AL-HASYIMIAH


LG BERSAMA MANTAN MAKTABAH AL-HASYIMIAH



     Syukur kepada Allah swt kerana telah mengurniakan kami kesempatan waktu dan peluang untuk bertemu mata bersama adik-adik pelapis organisasi perpustakaan sekolah Maahad Muhammadi Pasir Mas di dalam bulan Ramadan yang lepas.

     Tanggal 22 Julai 2014 pada hari Selasa, satu perjumpaan di antara beberapa mantan yang hadir bersama semua pustakawan lelaki telah berlangsung dengan jayanya.



     Perjumpaan yang di adakan dalam majlis LG atau Librarian Group itu di adakan dalam sebuah kelas dibawah bilik perpustakaan sekolah. LG adalah merupakan aktiviti unik MAH bertujuan untuk membina jatidiri dan kepimpinan ahli serta merupakan wadah untuk ahli MAH mengeratkan lagi tali persaudaraan Islam.

     LG bukanlah yang aktiviti baru kerana sejak zaman berzaman perjumpaan bersama ahli memang akan di adakan. Sebagai contoh zaman kepimpinan Abe Sopi(2007),Abe Muaz (2008) dan Abe Nik Muhammad menjadi pengerusi MAH,perjumpaan sedemikian memang wujud. Bahkan ia diteruskan pula oleh generasi selepas itu.

     Bermula pada tahun 2010, perjumpaan di antara ahli maktabah dijenamakan oleh para pimpinan ketika itu sebagai LG. Sebagai memudahkan sebutan dalam kalangan ahli serta menjadikan ia sebagai satu titik kebersamaan. Berkongsi bersama ahli satu identity yang sama dan unik.

     LG baru-baru ini yang di anjurkan oleh Pengerusi MAH sekarang, saudara Zarith Amzar(2014) telah menjemput mantan untuk hadir bersama bagi berkongsi ilmu dan pengalaman.

     LG yang dihadiri  18 orang ahli MAH itu turut dihadiri mantan-mantan muslimin iaitu saudara Omar (pengerusi 2010), Adam (timbalan pengerusi 2010), Syarifuddin (Bendahari 2010), Luqman(Ketua BAM 2010) dan Afifi(pengerusi 2011). Kehadiran mantan-mantan telah menceriakan lagi perjumpaan kali ini.

     LG pada tanggal tersebut dimulakan dengan sesi taaruf ringkas dari semua hadirin yang hadir. Bertujuan untuk saling mengenali antara para senior dan junior.

Kata orang dalam perjuangan kita perlu mengambil
semangat para pemuda(orang baru), dan
mempelajari hikmah orang tua(orang berpengalaman).

Saudara Luqman sedang memperkenal dirinya kepada hadirin.

      Dalam kesempatan itu, saudara Omar telah berkongsi beberapa perkara antaranya; soal memanfaatkan bulan Ramadan yang penuh dengan kelebihan dan soal akademik. Beliau memberikan beberapa tips ‘Bagaimana mahu Berjaya dalam pelajaran’ ?

Antaranya ialah :

1. Mempunyai matlamat atau target yang jelas. Matlamat yang mahu dicapai mestilah dibuat agar perjalanan kita terarah. Matlamat itu perlu ditulis agar kita tidak lupa dan sentiasa peka. Matlamat yang ditulis perlu ditampal agar kita dapat selalu membacanya.




2. Mesti rajin. Kerana Allah Maha Adil. Siapa yang berusaha lebih pastinya mendapat lebih. Mestilah rajin menuntut ilmu dan rajin bertanya jika kita tidak faham atau tahu tentang pelajaran kita.



3 – Perkasakan faktor pembantu dalam menggapai kejayaan. Mendirikan solat dhuha agar murah rezeki. Kefahaman ilmu dan kejayaan adalah rezeki. Sentiasa berselawat kepada baginda Rasullah saw. Membantu atau memenuhi hajat saudara kita kerana orang yang memenuhi hajat orang lain akan dipenuhi hajatnya nanti oleh Allah swt.


     Usai  sesi pengisian, penulis bersama hadirin mengambil beberapa gambar kenang-kenangan. Kata orang masa yang lepas tidak akan kembali tetapi kenangan yang lalu pasti di ingati.

Saudara Adam sedang menyusun barisan untuk bergambar.

“Mana Syarifuddin dan Luqman ni ? Mari-mari, kita bergambar seketika.” Kata Afifi dengan penuh santun dan berbudi bahasa.

Ingatan yang pastinya akan mengusik perasaan kita nanti.


     Semoga kepimpinan Maktabah pada tahun ini Berjaya membawa bahtera Maktabah AlHasyimiah dengan jayanya serta Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM pada tahun ini. InsyaAllah.

Zarith Amzar dan Azriddin sedang berbual-bual bersama seorang mantan.

Menyumbanglah dengan apa sahaja untuk umat ini agar masyarakat yang berilmu dan bertamadun dapat kita bina suatu hari nanti.

Sunday, April 21, 2013

Pemimpin organisasi/persatuan sekolah yang disegani !

1-Bertanggungjawab.

Seorang pemimpin yang hebat adalah seorang yang bertanggungjawab.Beliau akan sentiasa berfikir dan merancang sesuatu agar tanggungjawabnya akan berjaya ditunaikan.Tambahan pula,pemimpin yang hebat ini akan sentiasa ingat bahawa setiap tanggungjawab akan dipersoalkan dihadapan Allah swt kelak. Dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w menyebutkan yang bermaksud  :
 setiap kamu adalah pengembala(orang yang bertanggungjawab),dan setiap kamu ‘mas ulun’  (akan ditanya) tentang  gembalaannya”
Disebabkan perkara inilah,menteri besar negeri Kelantan,Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menjadikan  aspek  ‘mas’uliyyah’ (tanggungjawab) sebagai salah satu aspek yang penting dalam pentadbiran negeri KELANTAN.

 

Maka,sesiapa diantara kita yang diamanahkan atau ditaklifkan untuk memegang sesuatu tanggungjawab mestilah amanah dengan tanggungannya itu.Kerana pasti,setiap sesuatu akan ditanya oleh Allah swt.Buatlah,rancanglah,fikirlah dan usahakanlah setiap perkara  agar kita dapat menunaikan tanggungjawab kita dengan sebaiknya.Buat semampu mungkin.Yang penting usaha kita.Sebagai contoh sekiranya seorang itu menjadi pengerusi maktabah sekolah;cuba Tanya soalan ini pada dia,:
”Apakah usaha yang telah kita buat untuk menjadikan bumi Maahad Muhammadi Pasir Mas,bumi yang subur dengan keilmuan serta adakah biah ilmu dapat dibina disekolah kita?
Andai  kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menunaikan tanggungjawab ini maka beruntunglah kita kelak.Mengapa?Kerana Allah akan memuliakan hamba-hambanya yang menunaikan tanggungjawab mereka .Kedua,andai usaha-usaha yang dibuat Berjaya menjadikan pelajar-pelajar sekolah semakin bertambah ilmu kemudian semakin bertambah amal kemudian semakin bertambah dekat dengan Allah.Agak-agak banyak mana pahala yang dia dapat nanti?

 

Pemimpin yang hebat lagi disegani bukannya dibina dalam sehari tetapi bertahun-tahun lamanya mereka membentuk dan mengasah bakat kepimpinan mereka.Sama seperti kita membina sebuah bangunan yang tinggi dang ah.Ianya memakan masa dan memerlukan kerja keras.

 
Jika anda mahu menjadi pemimpin yang hebat ,disegani dan diredhai Allah,maka  coraklah langkah,rancanglah sebaiknya dan manfaatkan peluang menjadi pemimpin diperingkat sekolah sebagai medan latihan dan pendidikan pertama kita sebagai pemimpin yang hebat.Ingat!Siapa anda pada hari esok ditentukan oleh bagaiman sikap  anda pada hari ini.
Ciri yang kedua.
bersambungan….
~moga bermanfaat buat sahabat-sahabat sekalian~

daripada : Mantan Pengerusi 2010 :)