Tuesday, September 10, 2013

Peperiksaan PERCUBAAN perlukah aku bersungguh-sungguh?



                                                        
                                               
 “Cubaan…cubaan…cubaan…”,kata si pelakon mengulang-ngulang skrip lakonan dalam sebuah filem Melayu berjudul Pendekar Bujang Lapuk.
Ada orang kata, “belum cuba belum tahu”.Benarlah apa orang kata itu.Jika kita tidak mencuba,manakan kita tahu masam manisnya sesuatu masakan.Itu kalau kita mencuba masakan.Tetapi,penulis kali ini mahu berbicara soal peperiksaan Percubaan.Apa strategi kita untuk Berjaya dalam peperiksaan ini? Pentingkah untuk kita bersungguh-sungguh dalam peperiksaan ini?Alah,peperiksaan percubaan sahaja lah,belum yang sebenar lagi,itu kata setengah pelajar.Benarkah pandangan ini atau bagaimana seharusnya sikap kita?

                     
Strategi
Sebuah kejayaan besar semestinya bermula dengan sebuah strategi yang hebat juga.Sebagaimana tercatat dalam lipatan sejarah,kota Mekah Berjaya dibuka hasil strategi hebat rasulullah saw bersama para sahabat.Maka,untuk para pelajar Berjaya dalam medan peperiksaan percubaan ,semestinya berstrategi.
Namun,apakah strategi kita?Sebagai pelajar yang mahukan kejayaan,sepatutnya terlebih dahulu kita meletakkan matlamat atau sasaran kita dalam peperiksaan ini.Misalnya,mahu mencapai 9A 2B dari 11 subjek yang diambil.Dari matlamat itu,kita mula mengorak strategi.
Ada ribuan strategi yang boleh kita gunakan untuk mencapai matlamat kita.Namun,kita harus ingat matlamat tidak menghalalkan cara.Maka,strategi yang akan kita pilih nanti mestilah strategi atau cara yang diredhai Allah.
Cadangan strategi
1-Membaca tajuk-tajuk penting.
2-Membuat soalan peperiksaan percubaan /sebenar tahun-tahun lepas.
3-Solat Hajat
4-Banyak berdoa
5-Banyak berselawat
6-Banyak beristighfar
7-Menjaga hubungan dengan ibu bapa serta guru
Ingatlah,sebuah kejayaan besar tidak akan diperolehi tanpa pengorbanan yang besar dan usaha yang gigih.Kejayaan itu milik orang yang gigih berusaha!Bukankah Allah maha Adil ? Maka,para pelajar mestilah berusaha bersungguh-sungguh supaya mimpi jadi nyata!
Akhir kalam,para pelajar mestilah memanfaatkan kehadiran peperiksaan percubaan ini.Kerana apa?Kerana,melalui peperiksaan percubaan ini kita dapat mengukur kebolehan dan kemampuan  diri kita sebelum kita bertemu dengan peperiksaan sebenar.Ingat,kita tidak akan tahu sejauh mana kehebatan kita dalam sesuatu subjek selagi kita tidak diuji dengan medan peperiksaan.Kelemahan yang akan kita temui dari keputusan peperiksaan percubaan nanti,itulah tempat yang mesti kita perbaiki untuk kita tampil Berjaya penuh bergaya saat peperiksaan sebenar nanti.

                        
AKU MAHU BERJAYA!!!
AKU MESTI KUAT  BERUSAHA!!!
TAKKAN PERNAH AKU BERPUTUS  ASA  SELAGI ADA MASA !!!
MOGA-MOGA MIMPI JADI NYATA!
SAATNYA PASTI TIBA!

Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Datang Lagi !!

Salam Ramadhan 1434 H :)

Maksud hadis :

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sepertimana telah diwajibkan kepada orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa” [al-Baqarah 2:183] 

  Alhamdulillah3x .. Today is the first day semua umat di seluruh dunia berpuasa. Moga puasa kita tahun ini lebih baik daripada sebelum ni dan semoga amal ibadat kita dapat lakukan seikhlas mungkin, InsyaAllah. Jom tinggalkan perkara yang sia-sia dan amalkan perkara yang bermanfaat ;)
Selamat beramal . :)

Ramadhan Kareem
 







Monday, June 10, 2013

Nisfu Sya'aban

Bulan Sya’aban ?
Ada apa dengan bulan Sya’aban ?
Apa yang istimewa di dalam bulan ini ?

Bulan Sya’aban merupakan bulan yang ke-lapan di dalam kalendar Taqwim Hijri. Seperti diketahui umum apabila tiba bulan Sya’aban ini, terkandunglah malam yang dikenali sebagai nisfu Sya’aban. Persoalannya adalah, apakah nisfu Sya’aban itu?

Nisfu membawa makna setengah, maka Nisfu Sya’aban ini berlaku pada malam kelima belas bulan Sya’aban. Mengikut tradisi Islam, baginda Rasulullah S.A.W. berkata yang malam ini Allah akan mengumpulkan buku amalan yang lama dan menggantikan dengan yang baru bagi tahun yang akan datang.



Rasulullah S.A.W. juga menggalakkan kita meningkat amalan seperti perbanyakkan berpuasa, membaca Al-Quran dan juga ibadah-ibadah lain. Semoga bulan Sya'aban pada kali ini memberi lebih makna kepada kita berbanding tahun-tahun yang sudah lepas.


Selamat Beramal ;)

Sunday, April 21, 2013

Apa Signifikannya Peperiksaan Pertengahan Tahun ??

Exam midyear. Hurm..

Mungkin ramai je fikir ape sangat la exam midyear ni kan. Apa signifikan exam ni? Nak test kebijakan? Nak cari sape best student sekolah? Ke sebab nak bagi peluang kat pelajar tidur waktu pagi, pergi shopping time tengahhari? Ye la,exam kul 2 la katakan. Oh,tidak.

Exam midyear sangat penting. Seriously. Kalau tak ada exam ni, entah kemana pmr n spm korang. Ya,betul.

So, how to score midyear or any exam? Easy. Hehehe. Study, memorize, and make the exercise a lot.

 ? ? ? ? ?

Kamu ni,memang la takde tips lain. Kelakar la kalau tak tahu lagi apa tips cemerlang. Kalau dah memang tak membaca, camne nk score, kan.
Tapi ingat,tak semua madah perlu hafal, tak semua madah perlu membaca pagi petang siang malam. Matematik, fizik, oh, alahai. Buat latihan banyak-banyak. That's what matters.

Adik-adik, sahabat-sahabat, dan diriku sendiri. Ilmu Allah sangat luas, tapi Allah tak pernah sorok ilmuNya, atau suruh kita mengeledah seluruh dunia untuk dapat ilmu tu. Guru, cikgu, teacher, buku. Banyak ruang untuk kita mudah-mudah dapat ilmu. Kenapa ada exam? Perlu ke? Ya, perlu. Kenapa perlu skor tinggi dalam exam? Perlu ke? Ya, perlu.

Sebagaimana firman Allah yg bermaksud, ''maka apabila engkau telah selesai(daripada sesuatu uruan), tetaplah bersungguh-sungguh (untuk urusan yang lain)'' 94:7

Nampak tak jawapan semua ada disitu. Mengapa perlu bersungguh2, mengapa perlu skor exam.

So, even if the exam is 2 weeks from now, or 5 days from today or could be the exam is tomorrow, it doesn't matter. All you have to do is get a start, and study. Sebelum jawab exam, doa banyak2, bukan untuk kita je,untuk kawan2 jgk. Masa jawab soalan,zikir banyak2, istighfar. Lepas habis exam, doa lagi dan tawakal.


Result is unpredictable, but effort is controllable.
Bittaufiq exam.


by : Nur Izzah Binti Ghazali
Best Student SPM 2010 .