Sunday, March 4, 2012

MATLAMAT !!

KENAPA SESEBUAH BAHTERA ORGANISASI TERSANGAT 
PERLU MENETAPKAN MATLAMAT MEREKA?


SATU LONTARAN PERSOALAN BAGI SEORANG PEMIMPIN!
ANALOGI YG CKUP MUDAH... 
CUBA KITA PERHATIKAN GAMBAR NI...
LIHATLAH DENGAN MATA HATI...






PADA PANDANGAN ANDA, ADAKAH PENEMBAK ITU AKAN MENEMBAK DENGAN TEPAT 
SEKALI DAN MENGENA SASARAN JIKA DIA TIDAK TAHU APA YG NAK DI TEMBAK?

MAKA ORGANISASI YG MEMPUNYAI MATLAMAT YG JELAS,PERJALANAN BAHTERA ORGANISASI ITU 
AKAN TERARAH DAN TERPIMPIN...


KEPENTINGAN PERANCANGAN TAHUNAN @ GARIS PANDUAN UNTUK BERGERAK

ANALOGINYA KERETA API :LANDASAN :DESTINASI





PADA PANDANGAN ANDA, APA YG AKAN TERJADI SEKIRANYA... KERETA API INI TAK 
MEMPUNYAI LANDASANNYA...?
ADAKAH IANYA AKAN SAMPAI KE DESTINASINYA?
ADAKAH DENGAN HANYA MEMPUNYAI SEBUAH ORGANISASI,KEMUDIAN MEMBUAT MATLAMAT 
NAMUN TIADA PERANCANGAN YG RAPI,ORGANISASI KITA MAMPU MENCAPAI MATLAMAT?
PERUMPAANNYA,SAMALAH SEPERTI BERANGAN-ANGAN YG TIADA KENYATAANNYA...

KERETA API : ORGANISASI
LANDASAN : PERANCANGAN TAHUNAN
DESTINASI : MATLAMAT(MISI & VISI)


BEGITULAH ORGANISASI, MATLAMAT MEMBANTU KITA MEMBINA FOKUS, JELAS, TERARAH...
GERAK KERJA YG RAPI @ PERANCANGAN YG MANTAP MEMBANTU KITA BERADA PADA 
LANDASAN YANG BETUL... MELICINKAN PERGERAKAN MENUJU SEBUAH DESTINASI...


SELAMAT MAJU JAYA DALAM ORGANISASI ANDA...
"MEMASTIKAN MAKTABAH ALHASYIMIAH SISTEMATIK DAN FUTURISTIK"

Sunday, January 1, 2012

sabar~

                        ~ SABAR ITU INDAH ~
AKAN INDAH ,,
APABILA SUDAH TIBA MASANYA!!

....APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ....

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan sehari...
an

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Tahun Baru ~



Abu Hurairah r.a berkata :" setiap kali datangnya tahun baru, membuat aku risau & resah kerana semakin singkat umurku,semakin dekat ajalku,semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku,semakin dekatnya hari perhitunganku...." semoga tahun 2012 ini dpt kita membaiki amalan kita supaya lebih baik dari tahun sebelum ini =)

Sunday, November 27, 2011

Amalan Surah-surah Pilihan

                                                                                         
Bismillah.. Alhamdulillah..
ASSALAMUALAIKUM semua..
Semua orang apabila lapar pasti makan bukan?itu makanan fizikal bagi mendapatkan segala nutrien dan khasiat buat tubuh badan agar sentiasa bertenaga..
Kalau kita boleh mengisi perut yang lapar dengan makanan idaman dan minuman yang nyaman.. apakah pula makanan buat rohani kita?
Jangan di biarkan layu. kusam.. tak di bajai..
Di sini saya sertakan amalan surah-surah pilijhan..yang mana boleh kita amalkan..Kerana dalamnya terdapat khasiat dan manfaat.. Antaranya

Surah Al-Kahfi

1. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Darda' daripada Nabi Muhammad s.a.w, baginda telah bersabda :
"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada Al-Dajjal."
(Hadis riwayat,Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al- Tarmizi daripada Qatadah)

2. Imam Ahmad berkata: "Daripada Abi Al-Darda'i, Nabi s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang membaca sepuluh ayat akhir surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah Al Dajjal".
(Hadis riwayat Muslim dan al_Nasa'i)

3. Daripada Umar berkata : Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
(HR Ibnu Katsir)


Surah Yaasiin

1. Daripada Anas r.a Rasulullah s.a.w bersabda :
"Setiap sesuatu ada hati dan hati Al-Quran adalah Yaasiin dan sesiapa yang membaca Yaasiin, maka Allah s.w.t tulis baginya sepertimana membaca Al-Quran sepuluh kali."
(HR Al-Tarmizi)

Surah Ad-Dukhan

1. Daripada Abi Hurairah r.a berkata : nabi S.A.W telah bersabda :
"Sesiapa membaca surah "Haamim Ad Dukhan" pada waktu malam Jumaat, maka dia diberi keampunan baginya."
(HR Ibnu Katsir)

Surah Al-Waqiah

1. Daripada Abi Dhibah. "Telah sakit Abdullah yang membolehkan kematiannya. Maka diziarahi oleh Osman Ibnu Affan r.a. Beliau bertanya : "Apa yang kamu adukan?" Abdullah menjawab : "Dosa-dosaku." Dan apa yang kamu mahu sekarang?" Beliau menjawab :"Rahmat Tuhanku." "Perlukah saya panggil doktor?" Beliau menjawab : "Doktor lebih sakit daripada saya." Usman berkata : "Adakah kamu perlukan kepada wang.........." Abdullah menjawab : "Saya tidak berhajat kepadanya." Usman berkata : "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu." Beliau menjawab : "Adakah kamu takut anak-anak perempuan saya akan menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya membaca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi miskin selama-lamanya."

Surah Al-Hasyar

1. Daripada Fadhil Ibnu Yassa Al-Muzani r.a berkata: Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesiapa yang membaca ketika bangkit subuh "A'uuzubillahis sami'il 'alimi minassyaitanir rajim" kemudian membaca tiga ayat akhir surah Al-Hasyar maka Allah s..w.t mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal hari itu dikira mati syahid.
(HR At-Tarmizi)

Surah Al-Mulk

1. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: Nabi s.a.w telah bersabda :
"Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali "Tabarakallazi". Maka apabila dimasukkan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. "Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu. Sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia dan kepada saya kemudaratan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (si mati), jadi pergilah menemui Allah s.w.t. Dan mintalah shafaat daripadaNya. Maka diapun (surah Al-Mulk) menemui Allah s.w.t dan berkata "Wahai Tuhanku, si fulan ini (simati) dia pilih saya dalam kitabMu dan dia pelajari saya dan membaca saya, bolehkah wahai Allah, Engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika Engkau ingin berbuat demikian jadi padamlah saya dari kitabMu. Dan Allah s.w.t berfirman "Aku nampak kamu marah." Dia menjawab (surah) : "Sesungguhnya saya marah." Allah s.w.t berfirman : "Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu dan kamu menjadi syafaat keatasnya."

Nabi s.a.w bersabda :
"Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa pada si mati. Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.Maka surah itu bersama si mati dalam kubur supaya si mati tidak merasa kesunyian."

Anas berkata :
"Apabila Nabi s.a.w khabarkan hadis ini maka tidak ada seorangpun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi s.a.w memanggil surah ini Al-Munjiah iaitu yang menyelamatkan".

(HR Ibnu Katsir)

TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD 




Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam.Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh. 
PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT 
  Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang. Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : " The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep." Maksudnya " Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur  " Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur. " Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka. Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur. Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui. Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dan gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidak merasa nikmat oksigen ini. 

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT 
Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak 
( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar , sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi. Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain. Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita. Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. Abdullah Ibnu Umar r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya : " Zikir yang termulia ialah LA ILAHA ILLALLAH dan doa yang terbaik ialah istighfar." 

 “Dan pada sebagian malam bertahajjudlah dengannya sebagai tambahan bagimu.Mudah- mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji”. (Al Isra’: 79)

Mengapa Allah menyuruh kita bangun bangun di tengah malam untuk melaksanakan sholat tahajjud? Apa rahasia di balik perintah Allah tersebut? Apakah betul orang-orang yang bertahajjud di tengah malam akan diangkat Alllah ke tempat yang terpuji?

Sholat Tahajjud, Stress, dan Hormon Kortisol (Hormon Stress)

Siapa bilang ajaran dalam agama Islam hanya dogma & doktrin. Prof.Dr.Muhammad Sholeh, dosen IAIN Surabaya, telah mampu membantah pandangan tersebut melalui desertasi yang ia pertahankan sehingga mendapatkan gelar doktor dalam bidang ilmu kedokteran pada program pasca sarjana Universitas Surabaya, dengan judul “Pengaruh Sholat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan Tubuh Imunologik : Suatu Pendekatan Psikoneuroimunologi” , menyimpulkan jika anda melakukan sholat tahajjud secara rutin, benar gerakannya, ikhlas, dan khusyu’ niscaya anda akan terbebas dari penyakit infeksi dan kanker.

Hormon Kortisol Rendah

Desertasi ini melibatkan 41 responden siswa SMU Luqman Hakim Pondok Pesantren Hidayatullah, Surabaya. Dari 41 siswa, hanya 23 yang sanggup menjalankan sholat tahajjud selama 1 bulan penuh. Setelah diuji lagi, tinggal 19 siswa yang bertahan sholat tahajjud selama 2 bulan. Sholat tahajjud dimulai pukul 2.00 - 3.00 WIB sebanyak 11 roka’at, dengan dua roka’at sebanyak 4 kali dan ditutup sholat witir sebanyak 3 roka’at. Dan selanjutnya, hormon kortisol (hormon stress) dari 19 siswa tersebut diperiksa di 3 laboratorium di Surabaya (Pramitha, Prodia, dan Klinika).
Apa yang terjadi? Para siswa yang sholat tahajjud dengan rutin dan ikhlas berbeda dengan siswa yang tidak melaksanakan sholat tahajjud. Mereka yang melaksanakan sholat tahajjud tersebut memiliki kadar hormon kortisol yang rendah. Hal ini menandakan mereka memiliki ketahanan tubuh yang kuat dan kemampuan individu yang tangguh sehingga mampu menanggulangi masalah-masalah sulit dengan lebih stabil.

Hormon kortisol adalah salah satu hormon stress. Kadar hormon ini semakin meninggi ketika kita dalam keadaan stress. Dengan kadar hormon yang meninggi kita lebih mudah berbuat salah, sulit berkonsentrasi, dan daya ingat kita kurang baik. Hormon ini oleh pakar kesehatan dijadikan tolak ukur untuk tingkat/derajat stress seseorang. Makin stress seseorang, maka hormon kortisol semakin meninggi dalam darahnya. Hormon kortisol memiliki kadar tertinggi di waktu tengah malam hingga waktu pagi, terutama pagi-pagi sekali (normal di pagi hari berkisar 38-690 mmol/liter, sedangkan malamnya 69-345 mmol/liter).

Stress dan depresi menjadi penyakit yang lazim di zaman sekarang ini. Stress sebenarnya keadaan yang positif bagi kita jika digunakan dalam keadaan yang masih wajar. Jika berlebihan, maka kadar hormon adrenalin dan hormon kortisol akan meningkat sehingga mengganggu sistem kekebalan tubuh yang akhirnya kita mudah terkena infeksi, penyakit maag, asma, dan memperburuk penyakit degeneratif kronis (kanker, diabetes,rematik dan lain-lain).

Dengan sholat tahajjud yang dilakukan secara rutin, ikhlas, dan khusyu’ akan mampu menciptakan karakter baru serta tangguh bagi pelaksananya, sehingga kita akan memiliki persepsi dan motivasi yang positif yang nantinya akan terhindar dari stress. Mungkin itulah maksud firman Allah pada surah Al-Isra’ :79 di atas tentang diangkatnya para pelaksana sholat tahajjud ke tempat yang terpuji, Allahu’alam (Allah yang Maha Tahu).

Saturday, November 26, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433

                              alt                                 


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr r.a: " Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya:" Seorang Muslim adalah orang yang tidak merugikan Muslim lainnya dengan lidah, mahupun dengan kedua tangannya. Dan seorang Muhajir (orang yang berhijrah) adalah orang yang meninggalkan semua larangan Allah SWT."
( Riwayat Al-BukhaRI )
Hijrah mengandungi hikmah yang besar sekali peranannya dalam pembangunan ummah. Suatu kumpulan masyarakat tidak akan menjadi baik jika setiap individu yang ada di dalamnya telah rosak kerana kumpulan masyarakat itu bergantung kepada individu itu sendiri. Oleh itu hijrah amat ditekankan di dalam al-Quran dan disebutkan sebanyak lebih 28 kali di dalam berbagai bentuk dan makna.

Dengan hijrah, hati, perkataan dan perbuatan kita akan menjadi bersih dari segala maksiat, dosa dan syirik seperti kisah khalifah Umar bin al-Khathab r.a yang menarik untuk kita renungkan bahawa beliau sebelum memeluk Islam dikenali dengan julukan "penghulu para pelaku kejahatan", namun setelah berhijrah, beliau menjadi pemimpin yang disegani, tawaddhu' dan suka menolong orang miskin, menjadi tonggak bagi berkembangnya agama Islam. Hakikatnya hijrah sangatlah berat, kerana di samping harus memiliki kesabaran, kita juga dituntut memiliki keteguhan aqidah dan keyakinan agar tidak mudah termakan dengan pujuk rayu dan godaan dari kenikmatan dunia yang fana.

Hayati ayat Al-Quran ini.
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لاَ أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخْرِجُواْ مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُواْ فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ لأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّن عِندِ اللّهِ وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ
Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), ""Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya sebagai pahala di sisi Allah. Dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik
(Surah Ali-Imran 3: Ayat ke 195)