Tuesday, September 18, 2012

Tazkirah Ramadhan :)


Pada suatu Jumaat yang hening
Dibulan Ramadhan yang mulia
Seusai solat Jumaat,aku dan para hadirin dihidangkan
Dengan juadah rohani dari seorang ustaz jemputan khas Ramadhan
Dalam bicaranya beliau menyebutkan;
Jadilah :

“1-Orang  yang berakhlak mulia(juruh)
2-Orang  yang cerdik lagi bijaksana(cherdik)
3-Orang  yang boleh ditumpangi kebaikannya oleh masyarakat(buleh tupe)”


Mudah-mudahan,penulis dan pembaca sekalian, ’dijadikan’ Allah dengan 3 ciri di atas.
Dan bersungguhlah kita berusaha ‘menjadikan’ ciri di atas ada pada diri kita. 

Tuesday, August 14, 2012

Merindui Ramadhan


Duhai Ramadhan...
Kehadiranmu
Mengukir senyuman
Bersulam syahdu tawa
Mengiringi sayu hangatan air mata
Menghimpun panjat syukur buat yang Esa
Duhai Ramadan...
Kehadiranmu
bak Penantian sang kekasih pada arjunanya
Biarkan penantian ini umpama episod cinta
Episod cinta 10 malam terakhir
Menguntum nikmat Lailatul Qadar
Padanya turunnya Al-Quran
Ganjaran melebihi seribu bulan
Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Menjadi pertemuan istimewa antara kita berdua
Titian hari merobah paradigma iman jiwa
Melakar megah lembayung Taqwa
Peroleh rahmat beroleh bahagia
Ampunan dosa hitam nan kelam
Terlepas azab Jahannam menjulang
Duhai Ramadan...
Biarlah kehadiranmu kali ini
Melambai mesra syafaat bahagia
Melakar senyuman cinta ke syurga
menguntum kasih buat Allah yang Esa
Membawa lalu duka nan lara
Mengusir pergi tangis sengketa
Duhai Ramadan...
Andai pertemuan ini yang terakhir
Jadikanlah saat bersamamu disusuli
basahan zikrullah
beralun merdu lafaz al-kitab
beserta istiqomah tahajjud syukur
Jua tadahan doa pohon ampunan
Mengecap impian syurga idaman..

Sunday, June 24, 2012

Perjuangan Islam

" Perjuangan Ibarat Mata Rantai.. Kita Bukanlah Orang 
Yang Pertama Dan Kita Bukanlah Orang Yang Terakhir ~"



> salam muhasabah .. ^ ^

Monday, June 18, 2012

Don't Give Up !

ujian bukan tanda benci dan nista tetapi tanda cinta. ia kayu ukur keimanan seorang muslim. yakinlah! mukmin yang sejati apabila ditimpa kesusahan dia bersyukur dan apabila ditimpa kemudaratan dia bersabar.

“Sesungguhnya ALLAH bersama orang-orang yang sabar”

(Surah Al-Anfal:46)



Saturday, June 9, 2012

“BE PART OF SOLUTION”


“BE PART OF SOLUTION”



Untuk membina ciri kepimpinan yang terbaik dalam diri kita sama-sama kita fahami artikel ini.
Insyallah,sama-sama kita cuba memahami kata-kata di atas. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W.

Menjadi seorang pemimpin atau ahli kepada sesebuah persatuan, sangat menuntut diri kita mengambil kata-kata ini sebagai peringatan. Apabila berada di dalam organisasi sudah semestinya, kita bukanlah orang yang hanya akan melihat orang lain bekerja tetapi kita dituntut untuk menjadi sebahagian kepada penyelesaian. Jadi lah kamu penyelesai kepada sesuatu perkara agar kehadiran kamu dalam organisasi adalah bermakna hatta walaupun  menjadi penyelesaian  kepada masalah yang kecil.

AWAS! Jangan pula kita menjadi “part of the problem ” dalam organisasi kita.
Ingatkah lagi kita kepada sabda kekasih Allah S.W.T “Sebaik-baik kamu ialah yang paling bermanfaat kepada manusia”

Pembaca yang budiman,apa lagi motivasi untuk kita menjadi “part of solution”  ?
Motivasinya, dalam islam,setiap amalan baik seseorang muslim,pasti Allah akan membalasnya dengan pahala.

Kedua, Rasulullah S.A.W.  juga memberi pesanan kepada kita bahawa 
“sesiapa yang memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusannya”
Justeru, berebut-rebut lah untuk menjadi “part of solution” dalam kehidupan anda.
Seandainya suatu masa nanti ,anda diterima ke sebuah university atau anda di lantik bekerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital atau jurutera dalam sebuah firma atau anda sebagai salah seorang penduduk kampung.

Ingatlah kata-kata ini ”be part of solution” dan praktikkanlah. pasti anda akan dihargai oleh masyarakat tempat anda. Masyarakat sememangnya mengharapkan orang-orang yang boleh menjadi penyelesai kepada masalah mereka tak kira dari apa sudut sekali pun janganlah memandang sesuatu perkara kecil itu sebagai enteng  kerana Allah akan menghisab amalan kita hatta sekecil-kecil kebaikan.

Gift from Allah


Tawakkal kepada Allah




Bertawakal  lah kepada  Allah ,selepas kita berusaha dan mencuba yang terbaik atau termampu.

Yang penting,berusaha keras dahulu…kemudian,serahlah urusan kita kepadaNya…ketenangan hati pasti menyusul selepas itu.